Affiliate

Selamat Datang Ke Program Affiliate kami!

Program Agen Affiliate RahsiaBajuKurung.com adalah 100% PERCUMA. Ia mudah untuk mendaftar dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal. Secara asasnya ahli affiliate akan membawa trafik (pelawat atau rakan-rakan) kelaman web kami melalui link unik agen affiliate dan menjana pendapatan berupa komisyen dengan setiap jualan yang berjaya.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Apabila anda menyertai program affiliate kami, anda akan dibekalkan dengan link unik agen affiliate dan pelbagai banner untuk anda letakkan dalam laman anda. Apabila pengguna klik pada salah satu link anda, mereka akan dibawa ke laman web kami dan aktiviti mereka akan dikesan oleh perisian affiliate kami. Setiap jualan yang berjaya anda akan mendapat komisen berdasarkan jenis komisen anda.

Berikut adalah TERMA DAN SYARAT ketika menjadi agen affiliate RahsiaBajuKurung.com
Kegagalan mematuhi terma dan syarat ini mengakibatkan keahlian Agen anda di TAMATkan serta merta dan komisen anda adalah tidak SAH.

Terma dan Syarat :

  1. Pembelian menerusi link affiliate sendiri adalah TIDAK dibenarkan. Agen yang didapati membuat cubaan pembelian sendiri akan ditamatkan akaun serta merta dan SEMUA komisen yang telah dijana dihapuskan.
  2. Komisen adalah berdasarkan jumlah harga barang yang dibeli dan tidak termasuk kos postage.
  3. Komisen akan diberikan kepada order yang telah lengkap. Dimana Pihak kami telah menerima bayaran penuh dari pelanggan.
  4. Komisen hanya akan dibayar sekiranya jumlah komisen semasa melebihi syarat minima yang ditetapkan. Rujuk ruangan agen nanti untuk syarat komisen minima.
  5. Komisen akan dibayar pada 7hb setiap bulan kecuali jika hari tersebut adalah cuti umum.
  6. Jika berlaku pertindanan jualan,maka agen affiliate terakhir akan dianugerahkan komisen berkenaan.
  7. Komisen akan diberikan kepada “latest referal” sahaja. Contohnya Si A mempromosikannya kepada Abu. Kemudian Si B juga mempromosikan kepada Abu lalu beliau membelinya. Sistem akan menganugerahkan jualan tersebut kepada Si B kerana beliau adalah referal yang terakhir.
  8. Kelulusan komisen adalah dilakukan secara manual setelah kesahihan pembelian di analisis.
  9. Pihak kami berhak 100% mengubah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa sekiranya perlu.
  10. Kegagalan mematuhi terma dan syarat ini akan mengakibatkan akaun anda ditamatkan serta merta.

Statistik dan Laporan LIVE!

Login 24 jam sehari untuk memeriksa , trafik , baki akaun jualan anda dan melihat bagaimana prestasi banner atau perkongsian link anda.

Keterangan Program
 Jenis Komisyen : Pay-Per-Sale 40% untuk setiap jualan yang anda sampaikan.
 Syarat Pembayaran komisen : RM40.00 – Komisen minimum yang diperlukan untuk kami membuat pembayaran.
Sekiranya kurang, pembayaran akan di tunda ke bulan hadapan.
 Jadual Pembayaran : Bayaran dibuat di awal bulan 1-7 hb setiap bulan, untuk komisyen bulan sebelumnya.

KLIK DISINI UNTUK DAFTAR SEBAGAI AGEN AFFILIATE